Disangka ‘Meteor’, Serpihan Logam Dipercayai Dari Roket China Ditemui Di Miri

1 Aug 2022 • 2:30 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Isu ini telah tular sehingga ke luar negara

Disangka ‘Meteor’, Serpihan Logam Dipercayai Dari Roket China Ditemui Di Miri. Sebelum ini, penduduk Kuching dan Sibu telah digegarkan dengan penampakan ‘meteor’ serta bunyi dentuman kuat sekitar pukul 12.50 malam semalam.

Namun, objek yang kelihatan seakan-akan meteor di langit itu merupakan serpihan roket China yang jatuh di Sarawak.

image is not available
Disangka ‘Meteor’, Serpihan Logam Dipercayai Dari Roket China Ditemui Di Miri. Kredit gambar: Twitter Nazri Sulaiman

Baru-baru ini telah menerima laporan bahawa serpihan logam dari roket China telah ditemui

Serpihan logam yang dipercayai sebahagian daripada roket milim China, Long March 5B telah ditemui di Sepupok, Niah hari ini.

Dipetik dari Berita Harian, komponen tersebut difahamkan telah ditemui oleh penduduk Batu Niah semalam, lalu membuat laporan polis untuk disiasat.

image is not available
Sumber gambar: FB Miri Edition

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, hasil siasatan awal pihaknya mendapati serpihan logam tertimbus sedalam kira-kira satu meter di sekeliling rumah salah seorang penduduk.

Walau bagaimanapun, pihak polis tidak dapat mengesahkan asal usul logam berkenaan dan sudah meminta bantuan dari pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menganalisa tempat kejadian,”

Ketua Polis Daerah Miri.

image is not available
Sumber gambar: FB Miri Edition

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak berada di kawasan berhampiran kerana bimbang logam terbabit mengandungi bahan radioaktif.

Katanya, kawasan terbabit dipantau dengan teliti bagi memastikan tiada kejadian malang berlaku.

Pada masa sama, beliau turut merayu orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat palsu kerana ia boleh menyusahkan masyarakat.

image is not available
Disangka ‘Meteor’, Serpihan Logam Dipercayai Dari Roket China Ditemui Di Miri. Sumber gambar: FB Miri Edition

Video serpihan logam seakan-akan ‘meteor’ tersebut telah tular sehingga ke luar negara. Bagi anda yang terlepas dengan isu tersebut, boleh baca pautan di bawah:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved