“Mcm meteor” – Penduduk Sarawak Terkejut Tengok Cahaya Aneh Di Langit, Rupanya Roket China Yang Terhempas

Entertainment
31 Jul 2022 • 10:56 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penduduk Sarawak dikejutkan dengan bunyi yang kuat dan cahaya yang terang dilangit awal pagi tadi.

Memetik laporan Kosmo! semalam, pakar-pakar astronomi Amerika Syarikat mendakwa penggalak roket China yang dilepaskan di luar kawalan akan meluncur kembali ke bumi dan serpihan-sepihan itu mungkin jatuh di kawasan berpenduduk di Asia, Afrika atau Amerika Utara.

image is not available

Dalam video yang dimuat naik di media sosial mengenai kejadian itu, terdapat garisan awan panjang dipercayai sisa wap air yang terbentuk daripada haba panasnya di atas kawasan Kuching atau mungkin sekali ia berkecai di situ.

Letupan yang kuat didengari apabila jasad logam terbakar menembusi atmosfera basah yang tumpat dan sisa dipercayai jatuh di wilayah antara Bekenu, Miri, Brunei, Limbang, Lawas serta Beaufort dan bahagian pantai barat Sabah.

Orang ramai diingatkan untuk tidak menghampiri atau menyentuh sisa roket itu sekiranya terjumpa kerana bimbang mungkin terdapat sisa radiasi yang merbahaya.

Video kejadian itu boleh dilihat di bawah.

Keadaan seperti metoer di langit Sarawak tengah malam tadi. Kita tunggu penjelasan pihak berkuasa hari ini. #petrajaya #tularmediasosial

[VIDEO] Keadaan seperti metoer di langit Sarawak tengah malam tadi.Kita tunggu penjelasan pihak berkuasa hari ini.#petrajaya #tularmediasosial

Posted by Kosmo Online on Saturday, July 30, 2022

 

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.