Disangka Sayur Kangkung, Keluarga Ini Termakan Kanabis Semasa Bercuti Di Thailand

26 Sep 2022 • 3:41 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Produk dan hidangan ganja semakin biasa di Thailand

Disangka Sayur Kangkung, Keluarga Ini Termakan Kanabis Semasa Bercuti Di Thailand. Untuk makluman anda, Thailand menjadi negara Asia pertama yang meluluskan penggunaan kanabis dalam perubatan pada tahun 2018 dan baru-baru ini dibenarkan untuk kegunaan umum (namun, pelancong masih dilarang untuk merokok dan vape bahan tersebut di khalayak ramai).

Oleh itu, ia sudah menjadi kebiasaan untuk melihat produk dan hidangan ganja di Thailand baru-baru ini – dengan pasangan ini secara tidak sengaja makan hidangan ganja selepas menyedari bahawa sayuran dalam hidangan itu bukan sayur kangkung!

image is not available
Disangka Sayur Kangkung, Keluarga Ini Termakan Kanabis Semasa Bercuti Di Thailand

“Nampak macam sayur kangkung,”

Menurut laporan, kejadian itu berlaku kepada sepasang suami isteri dari Singapura yang sedang bercuti di Chiang Rai, Thailand dengan ibu mertua warga emas dan dua anak kecil mereka.

Difahamkan, mereka telah menikmati mi sup di restoran hotel mereka dan memesan semula sup itu untuk sarapan pagi.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Hanya selepas si isteri, Sueanne, melihat menu itu dengan teliti dan perasan sebuah imej daun ganja kecil di sebelah gambar hidangan tersebut, dia menyedari bahawa sayuran dalam hidangan tersebut sebenarnya ganja.

Kami agak terkejut. Kami pernah melihat ganja dalam gula-gula dan minuman di kedai khas, tetapi kami tidak pernah menyangka ia akan muncul dalam hidangan biasa seperti itu,”

katanya.

Nama hidangan tidak menyatakan ia mengandungi ganja

Tambahnya lagi, selain daripada imej daun ganja kecil itu, tiada tanda lain dalam nama atau keterangan hidangan itu bahawa ia mengandungi ganja.

Malah, kakitangan restoran hotel tersebut pun tidak mengatakan apa-apa kepada mereka tentang kandungan sup tersebut.

Jika saya perasan logo itu, atau jika pelayan memeritahu saya, saya tidak akan memesannya,”

katanya lagi.

Mengenai rupa sup tersebut, Sueanne berkata daun ganja dalam sup direbus seperti sayur biasa dan kelihatan seperti sayur kangkung.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Walaupun termakan hidangan ganja berkenaan, Sueanna berkata mujur anak-anaknya tidak mencuba hidangan itu.

Sementara itu, dia berkata dia tidak merasakan sebarang kesan sampingan atau perubahan mood selepas memakan hidangan terbabit.

Kalau korang tak nak makan hidangan yang mengandungi ganja, pastikan korang check betul2 menu di Thailand sebelum memesan, ok?

Lagi di sini: