Nadia Brian Berbikini Hitam Di Lombok, Netizen Suruh Berhati-Hati Takut Masuk Pasir

Entertainment
22 Sep 2022 • 4:19 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Keberanian Nadia Brian berkongsi gambar seksi ketika bercuti di Lombok undang reaksi netizen. - Gambar Instagram Nadia Brian

Baru-baru ini aktres cantik dan popular, Nadia Brian telah berkongsi beberapa fotonya yang sedang bercuti di Lombok, Indonesia.

Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah salah satu foto yang mempamerkan Nadia memakai bikini berwarna hitam sambil ditutupi kain hitam jarang. 

Ramai yang mengecam penampilan pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu yang dikatakan terlampau seksi dan keterlaluan sebagai seorang Muslim.

Ada yang mengaitkan imej seksinya dengan laut bergelora serta punca datangnya Tsunami. Ada juga yang minta Nadia berhati-hati agar tidak termasuk pasir. 

image is not available

Di sebalik kecaman yang diterima, terselit jua kata-kata pujian terhadapnya. Ada yang berpendapat Nadia sesuai meneruskan kerjaya sebagai pelakon di Hollywood kerana kejelitaan serta penampilannya yang seksi. 

image is not available

Dengan  memiliki kecantikan dan aura yang seksi, tidak mustahil satu hari nanti Nadia bakal mencipta nama di peringkat antarbangsa. – Getaran, 22 September 2022