“Disappointing” – Isu Jurulatih Tampar Pemain Perempuan Jadi Tumpuan Coach Luar Negara

Entertainment
3 Jan 2023 • 6:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Isu tular sejak beberapa hari lalu berkenaan dengan kekasaran fizikal yang dilakukan pelatih terhadap pemain bola tampar perempuan bawah umur ini nampaknya telah mendapat perhatian di luar negara.

Ianya selepas seorang jurulatih dari luar negara yang dikenali sebagai Mehran Rowshan mengulas isu tersebut di TikTok dan meraih 438.4K jumlah tontonan dalam masa sehari.

 

Kalau perkara ini terjadi kepada anda, jangan duduk diam! – Mehran Rowshan

Dalam video yang berdurasi 38 saat itu, Rowshan menunjukkan keratan klip kedua-dua pemain itu ditampar dan menjelaskan bahawa ia membuatkan dirinya terganggu.

Namun, apa yang membuatkan dia rasa terganggu adalah bukan disebabkan insiden tampar itu, tetapi disebabkan tiada sebarang tindakan dilakukan.

“Ia bermaksud perkara ini dah selalu terjadi dan menjadi kebiasaan, satu video yang mengecewakan untuk tahun 2023, ke mana ibu bapa, ke mana supervisor yang sepatutnya safeguarding

@mehranrowshan

If this happens around you image is not available, don’t stay quite! A fossil slapping his players! #bullying #dinosaurcoach #safeguardingchildren

♬ Sweet Dreams – Ravens Rock

Ramai netizen dari Malaysia membanjiri ruangan komen dan ada yang menjelaskan bahawa ianya terjadi di Malaysia, malah ada juga menjelaskan bahawa jurulatih tersebut telah pun diambil tindakan.

Dalam pada itu, ada juga yang menyokong pendapatnya bahawa perkara yang dianggap sebagai satu perbuatan normal ini patut dihentikan.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan bahawa Kementerian Pendidikan (KPM) menyatakan bahawa kes ini dalam siasatan.

Insiden yang dipercayai berlaku semasa Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14 Tahun di Kota Tinggi, Johor yang diadakan pada 14 hingga 16 Dis lepas itu turut mendapat tumpuan Persatuan Bola Tampar Malaysia (Mava).

Pihaknya telah menggantung pembabitan jurulatih berkenaan dalam sebarang aktiviti bola tampat sehingga siasatan selesai.

Malah, Berita Harian turut melaporkan bahawa jurulatih memohon maaf kepada dua pemainnya sejurus tamat saingan separuh akhir yang berlaku pada 16 Disember lalu dan sudah menemui kedua-dua ibu bapa pemain.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.