Ketika ini trending video mengenai seorang pempengaruh dan usahawan Thailand yang terkenal dengan ayat ‘Thank you, Keteyki’.
Ramai yang teruja melihat setiap video yang dimuat naik oleh wanita yang dikenali sebagai Aonsomrutai yang sentiasa memberikan hadiah buat pembantu peribadinya, Keteyki.
Pelbagai barangan dan kenderaan mewah yang ditonjolkan membuatkan ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan wanita berkenaan.
Seorang wanita yang dikenali sebagai Miss Dina berkongsikan kisah wanita tersebut.
Thank you Keteyki ออม สมฤทัย Belajar Bahasa Thai. Learn Thai with me.Jom cakap Thai #cakapThai #LearnOnTiktok #belajarbahasathai #learnthaiwithme #learnthaionline #belajarbahasaonline #belajartitok #belajarbahasa #thailand #malaysiatiktok #fyp #fypシ゚viral #fypage
“Dia sebenarnya memang kaya. Dia jual beg jenama mahal (second hand) dan ada butik. Sebab tu content dia kat butik beg.
“Dia mula jual beg ni masa umur dia 17 tahun sampai sekarang. Bisnes dia semakin maju sebab beg dia berkualiti dan harga berpatutan.
“Content yang dibuat (mewah) tu untuk tarikan bisnes dia,” katanya.
Menurut wanita ini, teman lelaki Aonsomrutai yang memiliki sebuah klinik kecantikan juga merupakan seorang lelaki kaya.
“Tapi personaliti sebenar Aonsomrutai sangat baik dan merendah diri,” katanya.
The post Disebalik trending ‘Thank You Keteyki’ wanita dedahkan pempengaruh Thailand merupakan usahawan kaya dan berjaya appeared first on The Reporter.



