Diserbu peminat Indonesia, Aisar Khaled ‘kantoi’ buat muka rimas?

EntertainmentLifestyle
12 Mar 2025 • 9:14 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Pempengaruh terkenal, Aisar khaled dilihat seperti kantoi buat muka rimas apabila diserbu peminat Indonesia sehingga menyentuhnya tanpa sebarang batasan.

Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok dikenali sebagai eliyanna007, Aisar dilihat tidak mengendahkan peminat-peminat terutamanya golongan wanita yang berada betul-betul dikelilingnya.

Aisar Khaled diserbu peminat Indonesia

Dia yang seakan fed up dan letih terus mengambil telefon dari poket seluar sebelum bermain gadget tersebut tanpa menghiraukan mereka.

image is not available

Muka fed up waktu diserbu peminat Indonesia?

Pempengaruh yang sedang ‘mendonia’ di Indonesia itu juga sempat menguis tangan seorang kanak-kanak yang tidak henti-henti menyentuhnya sebelum bangun bergerak meninggalkan bangku yang diduduk.

Dia kemudian bercakap dengan seseorang tanpa mengambil peduli peminat-peminat wanita yang sedang berteriak memanggil namanya di belakang untuk bergambar.

image is not available

Peh macam tak ada privasi langsung

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila rata-rata beranggapan bahawa pempengaruh berkenaan sudah mulai rimas dengan keadaaan seperti itu.

Mereka juga merasakan privasi Aisar seakan mulai hilang selepas dia terkenal di sana kerana kerap diserbu sehingga tiada ruang untuk bergerak.

image is not available

Kita faham je ekspresi muka macam tu

image is not available

Nampak sangat dia rimas

image is not available

Memang suka sentuh2 ke?

image is not available

Sekadar info, Aisar Khaled ketika ini sedang mencipta nama di Indonesia selepas penyertaannya dalam satu pertandingan boxing.

Dia yang menjadi sebutan rakyat di negara terbabit mulai mendapat perhatian apabila menyuarakan hasrat untuk berkawan dengan seorang pempengaruh terkenal Indonesia dikenali sebagai Fuji.

Sejak dari itu, Aisar telah mengelilingi Indonesia dengan membuat konten berkongsi rezeki sehingga digelar ‘Sultan Malaysia’ oleh masyarakat di sana.

Sumber: TikTok eliyanna007