
“Pesan dekat adik tu, dia bawak basikal bukan bawak kereta kebal.” – netizen
Diseret Alza, Budak Sekolah Naik Basikal Lawan Arus Sempat Dirakam Dashcam Netizen. Video yang menunjukkan seorang pelajar perempuan yang menunggang basikal nyaris maut apabila dirempuh oleh Perodua Alza telah mengejutkan ramai.
Pelajar tersebut menunggang basikalnya melintasi persimpangan masuk lampu isyarat tanpa berhenti, tanpa hiraukan kereta di sebelah.

Pelajar tersebut terseret bersama basikalnya sekitar 10 meter.
Kejadian tragis ini dirakam oleh dashcam sebuah kenderaan lain yang kebetulan berada di tempat kejadian. Dari video tersebut, jelas pelajar tersebut menunggang basikalnya melawan arus, suatu tindakan yang berisiko tinggi.
Perodua Alza yang mahu keluar dari simpang tidak menyedari kehadiran pelajar tersebut dan akhirnya merempuhnya. Rempuhan tersebut menyebabkan pelajar tersebut terseret bersama basikalnya sekitar 10 meter.

“Budak sekarang kena diajar lebih banyak kesedaran jalan raya.” – netizen
Namun pelajar berkenaan bingkas bangun dan kelihatan tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.
Pengguna jalan raya yang lain dilihat bergegas ke arah pelajar tersebut untuk membantunya. Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut mengenai lokasi ataupun waktu sebenar kejadian.
Video tersebut telah dikongsikan di laman Twitter @mynewshub dan meraih lebih 599.6K jumlah tontonan.

Sebilangan netizen berpendapat bahawa pelajar tersebut seharusnya lebih berhati-hati dan tidak menunggang melawan arus.
Namun, ada juga yang berpendapat bahawa pemandu Perodua Alza seharusnya lebih berhati-hati dan memastikan tiada pengguna jalan raya lain sebelum memandu keluar dari simpang.


