Disertai UAI, lebih 15,000 rakyat Terengganu sambut Tahun Baharu dengan aktiviti keagamaan

1 Jan 2025 • 12:57 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tidak dapat dinafikan, Ambang Tahun Baharu 2025 di seluruh negara disambut meriah malam tadi, dengan rakyat Malaysia mengambil peluang mengisi malam peralihan tahun dengan pelbagai aktiviti riadah dan kerohanian bersama keluarga termasuk sempena kedatangan bulan Rejab.

Selain menyaksikan pertunjukan bunga api di kawasan terdekat, rakyat turut mengisi malam tahun baharu dengan melakukan ibadah bagi mendapatkan manfaat malam 1 Rejab.

Sambut Tahun Baharu

image is not available

Tidak terkecuali, di Terengganu, sambutan malam tahun baru 2025 berlangsung sederhana menerusi Program Malam Munajat Terengganu Darul Iman bertemakan ‘Indahnya Hidup Bersyariat’ di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus.

Sambut Tahun Baharu

image is not available

Sumber gambar: Bernama

Difahamkan, program yang penuh keberkatan itu dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah serta pengisian munajat dan bacaan Yassin, sebelum Mufti Terengganu Datuk Dr Mohamad Sabri Haron menyampaikan tausiyah, disusuli dengan solat Isyak dan solat hajat berjemaah bersama kira-kira 15,000 hadirin.

Program itu juga turut menyajikan segmen Bicara Murabbi oleh Ustaz Azhar Idrus dan penyampaian Amanat Tahun Baharu oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, sebelum diakhiri dengan bacaan doa dan selawat.

image is not available

image is not available

Sumber: Facebook @Bernama