Tahun Baharu Bertukar Duka Rumah Panjang Didiami 21 Keluarga Musnah Dalam Kebakaran

1 Jan 2025 • 5:56 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
rumah panjang

Kegembiraan menyambut tahun baharu bertukar duka buat 21 keluarga di rumah panjang Tuai Rumah Chengki, Jalan Skim Rancangan Sepupuk, Batu Niah, apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran petang tadi.

Memetik laporan BH Online, kebakaran itu berlaku sekitar jam 4.25 petang, dengan api marak memusnahkan satu blok rumah panjang separa kekal. Sebanyak 80% struktur bangunan dilaporkan ranap.

Pihak bomba berjaya padamkan kebakaran, kini dalam proses penyejukan…

image is not available

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan bahawa sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah segera dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

Pasukan bomba kemudian menjalankan kerja memadam kebakaran dengan menggunakan sumber air dari pam jentera bomba- Katanya.

Selepas hampir dua jam bertungkus-lumus, api berjaya dipadam sepenuhnya. Pasukan bomba kini menjalankan kerja penyejukan untuk memastikan tiada kebakaran susulan.

Mangsa hilang tempat tinggal, terpaksa menumpang rumah saudara…

Syukur, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini. Semua mangsa kini menumpang di rumah saudara berdekatan sementara menunggu bantuan susulan.

Semoga keluarga terlibat tabah menghadapi ujian ini, dan bantuan segera disalurkan untuk meringankan beban mereka.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: BH Online


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved