Diskaun hingga RM540 untuk iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max sempena Tahun Baru Cina

Digital
15 Jan 2024 • 7:21 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

iPhone selama ini terkenal sebagai peranti yang bagus harga jualan terpakai. Tetapi sejak kebelakangan ini, banyak diskaun dan potongan harga diberikan setiap kali ada perayaan besar. Ini termasuk model terbaru iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max.

Jika anda sedang mencari iPhone 15 Pro yang lebih murah dari harga rasmi, anda boleh membelinya sekarang. Perkara ini dikongsikan oleh pengguna X @XavierNaxa yang berkongsi tawaran menarik tersebut.

Dalam perkongsian tersebut, kelihatan pengedar sah Apple di Malaysia, IT World memberi diskaun RM520 untuk iPhone 15 Pro 128GB di Shopee. Dari harga asalnya RM5,499, ia boleh dibeli pada harga RM4,979 sahaja. Tawaran yang hampir serupa juga disediakan IT World di Lazada, tetapi dengan diskaun hanya RM400. Bagaimanapun, pilihan warna tidak terdapat untuk semua jenis storan.

image is not available

Tawaran yang agak sama oleh IT World di Shopee juga tersedia untuk iPhone 15 Pro Max yang boleh dibeli dari serendah RM5,979 sahaja, turun RM520 daripada harga asal RM6,499 untuk storan 256GB. Pilihan warna juga tidak tersedia untuk semua storan.

Dalam carian lain di Shopee, Senq dilihat menawarkan diskaun sebanyak RM540 untuk iPhone 15 Pro 128GB di Shopee. Menjadikan harganya cuma RM4,959. Malah, ia hanya terdapat dengan warna Hitam Titanium sahaja. Tiada pilihan warna lain.

image is not available

[Sumber: @XavierNaxa]

Bacaan Berkaitan