
Diskaun Perkhidmatan Selenggara Kereta Sempena Aidilfitri - KPDN
Kementerian Perdangangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengumumkan inisiatif diskaun dan promosi perkhidmatan menyelenggara kenderaan sempena musim perayaan utama.
Program Servis Ihsan MADANI @ Petronas AutoExpert (SIM@PAX) menawarkan kadar diskaun 10 peratus hingga 30 peratus bagi minyak pelincir mineral dan separa sintetik.
Inisiatif di bawah Payung MADANI ini bertujuan menggalakkan pemanduan selamat dalam kalangan rakyat. Ia juga bertujuan memastikan kenderaan sentiasa dalam keadaan yang baik.
Senarai Tarikh Tukar Duit Raya 2026
PM Anwar Akan Umum Beberapa Lagi Berita Baik Menjelang Aidilfitri - PMO
Melalui kerjasama KPDN dan syarikat automotif seperti Proton dan Perodua serta Petronas, beban kos sara hidup rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dapat diringankan.
Orang ramai boleh memohon diskaun dan promosi ini dengan membuat temu janji bengkel pilihan menerusi aplikasi Setel.




