
Senarai 27 Barangan Harga Terkawal Sempena Aidilfitri 2026
Bila tibanya musim perayaan, orang ramai pastinya mula bimbang mengenai kenaikan harga barang. Bagaimanapun, negara kita telah melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sejak sekian lama iaitu bermula pada tahun 2000.
Melalui skim ini, pengguna dapat dilindungi daripada peniaga-peniaga yang mengaut keuntungan berlebihan atau mencatut.
Pengguna juga boleh mendapatkan barang-barang keperluan musim perayaan pada harga yang telah ditentukan.
Ia juga dilaksanakan di seluruh Malaysia dan harga yang ditetapkan adalah berbeza mengikut kawasan dan daerah.
Beberapa jenis barang keperluan dikenal pasti sebagai barang harga pemborong dan peruncit dalam suatu tempoh tertentu.
Bagi hari raya puasa, tempoh pelaksanaan adalah selama 15 hari iaitu sebelum, semasa dan selepas perayaan.
Untuk tahun ini, sebanyak 27 barangan telah disenaraikan di bawah skim tersebut.
Berikut 27 barangan terkawal SHMMP sempena Hari Raya Aidilfitri 2026:
Kategori daging/ayam
Daging kerbau import (India) - Semenanjung, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja
Daging lembu import - Sarawak sahaja
Daging lembu tempatan (Kecuali bahagian batang pinang) - Semenanjung sahaja
Kepak ayam - Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja
Kategori hasil laut
Ikan aya@tongkol (1 hingga 2 ekor sekilogram) - Pahang, Terengganu dan Kelantan sahaja
Ikan demuduk/Sagai/ Cermin/ Cupak (3 hingga 5 ekor sekilogram) - Sabah sahaja
Ikan kembung termasuk ikan mabung (8 hingga 12 ekor sekilogram)
Ikan selayang (8 hingga 12 ekor sekilogram)
Kategori sayur
Kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk Kubis Beijing) - Semenanjung sahaja
Sawi hijau
Timun
Tomato
Cili merah
Kacang panjang
Lobak Merah (China)
Kategori barang kering
Bawang kuning besar
Kacang tanah
Bawang merah besar
Cili kering keriting
Bawang merah kecil India
Kacang dal (Australia)
Bawang putih (China)
Kelapa biji (Borong)
Ubi kentang (China)
Kelapa parut (Runcit)
Halia tua import
Santan kelapa (Runcit)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata SHMMP Aidilfitri 2026 dilaksanakan dari 14 hingga 28 Mac bagi mengawal harga barangan keperluan semasa musim perayaan.
Menurutnya, penguat kuasa KPDN akan membuat pemantauan serta penguatkuasaan di lapangan bagi memastikan kepatuhan semua pihak terhadap Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.




![[Review] ‘Set Bertemu Rasa’ The Chicken Rice Shop, Cukup Untuk Berbuka Bersama Keluarga Kecil](https://cdn.newswav.com/img/topic/sales-and-promo.jpeg)
