Diskaun saman trafik sehingga 30 peratus di KK

LocalPolitics
5 Feb 2025 • 11:24 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu memberikan tawaran pengurangan kompaun saman Trafik dengan tawaran diskaun sehingga 30% bagi saman terpilih yang dikeluarkan dalam daerah Kota Kinabalu.

Pembayaran kompaun saman boleh dibuat di Kaunter Bayaran Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu setelah mendapat kelulusan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu daripada jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang kecuali cuti hujung minggu dan cuti umum, menurut ACP Kasim Bin Muda, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, dalam kenyataan media.

Tawaran pengurangan kompaun saman berkenaan tidak termasuk saman yang melibatkan sebutan mahkamah, saman OP Selamat, kesalahan-kesalahan utama yang dilakukan pada kenderaan berat, kesalahan pengubahsuaian ekzos kenderaan dan saman trafik lain yang tidak boleh dikompaun.

Orang ramai diseru untuk mengambil peluang tawaran kompaun ini bagi menyelesaikan saman tertunggak sekaligus meringankan beban kepada yang tidak berkemampuan untuk menyelesaikan saman masing-masing, kate beliau.