Diskaun Tol 50% Diberikan Pada 14 Dan 15 Februari 2026

LocalSales & Promo
9 Feb 2026 • 10:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pengguna jalan raya kelak boleh menikmati perjalanan lebih menjimatkan sempena Tahun Baharu Cina. Pada 14 dan 15 Februari 2026, kadar tol akan diberi potongan 50% daripada kadar biasa.

image is not available

Kemudahan ini disediakan untuk semua kenderaan Kelas 1, manakala di Jambatan Pulau Pinang ia turut diperluas kepada kenderaan Kelas 2. Hampir semua plaza tol di seluruh negara terlibat kecuali Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan trafik di lebuh raya utama akan meningkat menjelang hujung minggu ini, khususnya ke arah utara, selatan dan Pantai Timur. Langkah ini dilihat sebagai usaha menyediakan kemudahan kepada orang ramai agar perjalanan pulang bercuti atau ke destinasi pilihan lebih lancar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved