Tahun Baharu Cina: Diskaun Tol 50% Bermula 14, 15 Feb Ini

LocalPolitics
9 Feb 2026 • 2:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jangan risau,  diskaun 50 peratus untuk tol sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026 masih ditawarkan untuk tahun ini.

"Pelaksanaan diskaun akan bermula pada 12.01 tengah malam 14 Februari dan berakhir pada 11.59 malam 15 Februari.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, keputusan itu dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri selaras dengan usaha kerajaan menjaga perpaduan dan kesejahteraan rakyat pelbagai kaum serta agama.

"Diskaun itu terpakai kepada kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol serta Kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang, namun tidak membabitkan plaza tol sempadan negara, iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar di Lebuhraya Utara-Selatan dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Laluan Kedua Malaysia-Singapura," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved