Diskaun Tol 50%: "Kami Akan Umum, Sabar," - Menteri

LocalPolitics
20 Mar 2025 • 3:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kerajaan akan mengumumkan mengenai diskaun tol 50 peratus sempena Hari Raya Aidilfitri dalam masa terdekat ini.

Perkara itu disahkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

Buat masa ini, beliau tidak mendedahkan secara terperinci berkenaan pengumuman tersebut.

“Memang kita akan ada, sebab kita dah buat untuk Tahun Baharu Cina. Takkan kita tak buat untuk Aidilfitri, tunggu sebentar lagi, kami akan umum.

“Sabar, nanti kita balik kampung. Memang ada (pengumuman tol), kita buat macam Tahun Baharu Cina. Apa kita buat? 50 peratus, sabar sikit ya. Kita kena perhalusi,” katanya kepada media sebentar tadi.

Beliau berkata demikian selepas Lawatan Kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kementerian Kerja Raya (KKR).

Untuk makluman, diskaun tol 50 peratus akan dilaksanakan sepanjang musim perayaan tahun ini sebagai mekanisme menggantikan tol percuma yang diamalkan sebelum ini.

Langkah itu dikatakan dapat menjimatkan kos sebanyak RM80 juta setahun.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved