Disko eksklusif warga asing

24 Jul 2026 • 10:59 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Disko eksklusif warga asing

PETALING JAYA – Cubaan sekumpulan warga asing untuk membina sebuah kelab hiburan eksklusif yang lengkap dengan sistem kawalan keselamatan berkecai apabila diserbu pihak berkuasa dalam kejadian di Jalan Ampang, Kuala Lumpur semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, serbuan pada pukul 11.45 pagi itu dapat menahan 109 lelaki terdiri daripada warga China, Bangladesh, Myanmar dan India berusia antara 30 hingga 43 tahun atas pelbagai kesalahan imigresen.

Katanya, pihaknya melakukan risikan selama tiga minggu sebelum menyerbu aras 18 dan 24 di menara satu serta tiga sebaik menerima maklumat awam yang bimbang dengan kehadiran warga asing di situ.

“Ketika serbuan mereka ini sedang giat melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian di beberapa unit premis di dalam bangunan komersial berkenaan.

“Premis itu dipercayai sedang dipersiapkan untuk beroperasi sebagai sebuah kelab hiburan eksklusif yang dilengkapi sistem kawalan keselamatan berlapis serta akses masuk yang dikawal rapi,” katanya.

Menurut Zakaria, tindakan ini dipercayai sebagai langkah bagi menghadkan kemasukan orang awam dan mengelakkan kegiatan di dalamnya dikesan oleh pihak berkuasa.

Tambahnya, siasatan awal mendapati sebahagian besar warganegara asing terbabit dipercayai memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial, namun disyaki menjalankan aktiviti pekerjaan tanpa kebenaran, sekali gus melanggar syarat pas yang diberikan. – KOSMO! ONLINE

The post Disko eksklusif warga asing appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved