
Disney+ kini menyatakan mereka akan menambah sokongan format video menegak pada platform mereka pada tahun ini, sekaligus meningkatkan lagi kadar penggunaan dan tontonan pada platform penstriman mereka. Selain dari segi kandungan, penambahan ciri ini juga dijangka membawa kepada peningkatan dari segi pengiklanan.
Penambahan format ini juga dijangka membolehkan mereka bereksperimen dengan pelbagai variasi kandungan pada platform tersebut, selain membolehkan pengguna menikmati lebih banyak kandungan pendek dengan mudah.

Peralihan ke format kandungan menegak ini dikatakan selari dengan permintaan oleh Gen Z dan Gen Alpha yang inginkan kandungan pendek, dan tidak meluangkan masa lama menonton kandungan berdurasi lama.
Sebelum ini, ia turut dikongsikan Disney akan membolehkan pengguna menjana kandungan video dikuasakan kecerdasan buatan menggunakan watak-watak Disney, dan berkongsi di Disney+.



