Disney+ Hotstar Berubah Menjadi Disney+ Di Malaysia Bermula 9 Oktober

LocalEntertainment
5 Oct 2025 • 8:35 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selamat tinggal Disney+ Hotstar dan selamat datang diucapkan kepada Disney+ kerana pada 9 Oktober depan nama perkhidmatan penstriman ini akan berubah secara rasmi. Ini ialah langkah penyeragaman kerana sejak Disney+ Hotstar dilancarkan di Malaysia pada tahun 2021.

image is not available

Selain perubahan pada nama, hab Star juga akan diubah nama menjadi hab Hulu selepas ini yang sekali lagi menyelarikannya dengan penawaran dalam aplikasi Disney+ di luar negara. Dalam emel yang dihantar kepada pelanggan, tiada perubahan harga langganan dilakukan. Di Amerika Syarikat harga baru sahaja dinaikkan dua minggu lalu.

Walaupun nama aplikasi dan platform berubah, kandungan Disney+ di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina masih lagi menggunakan infrastruktur Hotstar. Ini bermakna jika aplikasi digunakan di luar empat negara di atas, ia tidak boleh diakses oleh pelanggan.