Disney+ Kehilangan 4 Juta Lagi Pelanggan Pada Q1 2023

TechnologyDigital
11 May 2023 • 10:10 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Adakah era Disney+ sudah bermula. Untuk dua suku berturutan perkhidmatan penstriman Disney+ mencatatkan pengurangan jumlah pelanggan berbayar. Pada Q1 2023, Disney+ mempunyai 157.8 juta pelanggan yang merupakan pengurangan sekitar 4 juta pelanggan pada Q4 2022. Pada suku tersebut mereka mencatatkan penyusutan 2.4 juta pelanggan.

image is not available

Walaupun jumlah pelanggan semakin berkurangan, Disney+ berjaya mengurangkan kerugian sebanyak 26% berbanding suku yang sama 2022. Pengurangan jumlah pelanggan adalah disebabkan Disney+ Hotstar kehilangan 4.6 juta pelanggan di pasaran India dan Asia Tenggara. Kehilangan hak tayangan Liga Premier Kriket Indian menjadi pemangkin kepada pengurangan mendadak ini.

Ketika Disney+ mengalami penyusutan pelanggan, Netflix pula kembali bangkit dengan 232.5 juta pelanggan pada Q1 2023 yang merupakan peningkatan hampir 2 juta pelanggan baharu selepas memperkenalkan pelan baharu dengan sokongan iklan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved