Disney+ Meningkatkan Harga Langganan – Bermula RM29.90 Sebulan Untuk Basic, RM49.90 Sebulan Untuk Premium

EntertainmentSales & Promo
17 Nov 2025 • 5:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Disney+ Hotstar baru-baru ini telah menjenamakan semula penawaran mereka kepada Disney+ sahaja, dan terbaru hari ini pihak Disney mula memaklumkan para pengguna berkaitan perubahan pada harga langganan perkhidmatan penstriman mereka berkuat-kuasa 18 Disember 2025.

Bermula 18 Disember 2025 kelak, harga langganan Disney+ bermula RM29.90 sebulan. Disney+ Premium pula berharga RM49.90 sebulan, sementara Disney+ Premium untuk tiga bulan pula RM99.90.

Ciri-ciriDisney+ Basic PlanDisney+ Premium Plan
Bayar bulanan*RM 29.90RM 49.90
Bayar tahunan* (Jimat lebih 50%)RM 214.90 (Tiada Perubahan)RM 289.90 (Tiada Perubahan)
Bayaran Setiap 3 BulanRM 99.90
Tonton semua tajuk kamiimage is not availableimage is not available
Muat turun kandungan terpilih (maksimum 10 peranti mudah alih sahaja)^^**image is not availableimage is not available
Cipta ProfilSehingga 7Sehingga 7
Penstriman Serentak1 Skrin3 Skrin
Log masuk peranti maksimum3 Peranti10 Peranti
Cast/Airplayimage is not available image is not available
Kualiti Video Maksimum^Sehingga Full HD (1080p)Sehingga 4K Ultra HD (2160p)
Kualiti Audio MaksimumSehingga Dolby Atmos (5.1 Dolby)Sehingga Dolby Atmos (5.1 Dolby)
Peranti yang serasiTelefon, Tablet, Laptop, TVTelefon, Tablet, Laptop, TV

Pihak Disney mengatakan pelan tahunan untuk Disney Basic dikekalkan pada harga RM214.90 setahun atau Disney+ Premium tahunan pada harga RM289.90 setahun. Pelan premium menawarkan akses kepada sehingga 3 skrin secara serentak pada waktu sama, dan paparan pada resolusi mencapai 4K.

Sebelum ini, pada awalnya Disney+ Hotstar ditawarkan di Malaysia pada harga langganan RM54.90 untuk tiga bulan, sebelum ia ditingkatkan menjadi RM24.90 sebulan atau RM79.90 untuk tiga bulan berkuat-kuasa April 2024 yang lepas. Kini, selang lebih setahun, sekali lagi harga perkhidmatan penstriman berkenaan ditingkatkan.