
Disney+ merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video popular, yang mempunyai pelbagai pilihan kandungan eksklusif dibawahnya. Namun, dengan lanbakkan pelbagai perkhidmatan penstriman berbeza, setiap perkhidmatan kini bersaing dalam mendapatkan angka pengguna tinggi, disamping mengubah kaedah dengan penawaran pengiklanan untuk menjana pendapatan tambahan.
Disney kini dilaporkan turut sedang pertimbangkan untuk menawarkan beberapa kandungan mereka secara percuma kepada penonton, sekaligus menarik lebih ramai ke platform mereka.

Ia turut dikatakan ramai pengguna ke YouTube dalam mendapatkan kandungan kerana penawaran percumanya. Dengan pelbagai perkhidmatan penstriman berbeza yang memerlukan langganan tinggi, ramai ke YouTube untuk mendapatkan kandungan. Sekiranya Disney dapat menyediakan sejumlah kandungan secara percuma, mereka menyasarkan akan dapat menarik angka pengguna tinggi, sekaligus menjana pendapatan dengan lebih tinggi melalui pengiklanan.
Disamping itu, Disney juga bakal menambah sejumlah kandungan pada platform mereka, termasuk kandungan video menegak, podsiar, dan sebagainya – selari permintaan masa kini.





