Disoal hal kahwin, Syed Saddiq minta tunggu keputusan rayuan -“Jangan lupa tanya semula”

LocalPolitics
25 Jun 2026 • 11:14 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, enggan mengulas lanjut mengenai perancangan perkahwinannya dengan penyanyi dan pelakon Bella Astillah buat masa ini.

Menurut Syed Saddiq, 33, fokus utamanya kini tertumpu kepada keputusan rayuan akhir yang akan diputuskan pada 30 Jun ini sebelum memberikan sebarang kenyataan lanjut berhubung perkara tersebut.

“Sukar untuk saya mengulas mengenai perkara itu, sama ada ya atau tidak. Lebih baik kita nantikan dahulu.
“Namun, yakinlah dan letakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah. Selepas segala usaha dilakukan, kita yakin berada di pihak yang benar. Insya-Allah, semuanya akan berjalan dengan baik.
“Lebih baik kita tunggu sehingga 30 haribulan ini. Selepas itu, saya akan berikan komen susulan. Jika ditakdirkan baik, jangan lupa tanya semula soalan mengenai kahwin itu,” katanya.

Image from: Disoal hal kahwin, Syed Saddiq minta tunggu keputusan rayuan -“Jangan lupa tanya semula”

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Solat Hajat dan Doa Selamat di Madrasah Hajjah Zubaidah, hari ini.

Dalam pada itu, Syed Saddiq turut meluahkan rasa syukur kerana mendapat sokongan penuh daripada Bella serta anak-anaknya sepanjang berdepan tempoh yang mencabar.

“Saya sudah menganggap Bella sebagai keluarga. Buat tunang dan anak-anaknya, terima kasih kerana memberikan keceriaan, kebahagiaan luar biasa dan ketenangan kepada saya walaupun ada kalanya emosi saya seperti taufan.
“Harapan saya, jika semuanya berjalan lancar pada Selasa depan, ia juga hasil daripada doa dan sokongan mereka,” katanya lagi.

Image from: Disoal hal kahwin, Syed Saddiq minta tunggu keputusan rayuan -“Jangan lupa tanya semula”

Artikel lain: Bella Astillah ajak orang ramai solat hajat untuk tunang -“Doakan kes Syed Saddiq”

Pada masa sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang tidak putus-putus memberikan doa serta sokongan sepanjang enam tahun lalu.

“Saya terhutang budi kerana tanpa doa dan sokongan anda semua, mungkin semangat saya tidak seperti hari ini.
“Bukan mudah menempuh pelbagai rintangan selama enam tahun. Ada kalanya saya kehilangan kawan, namun itulah lumrah perjuangan.
“Terima kasih kepada keluarga dan semua yang sentiasa menyokong. Walaupun tidak bersama secara fizikal, doa yang dikirimkan tetap sampai dan amat bermakna buat saya,”ujar Syed Saddiq.

Image from: Disoal hal kahwin, Syed Saddiq minta tunggu keputusan rayuan -“Jangan lupa tanya semula”

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan menetapkan 30 Jun ini bagi menyampaikan keputusan rayuan akhir Syed Saddiq yang melibatkan empat pertuduhan pecah amanah, salah guna harta serta pengubahan wang haram berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Sumber: Utusan Online

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved