Mahu Elak Agenda Politik, Masjid Tak Luluskan Majlis Solat Hajat & Doa Selamat Syed Saddiq [Video]

LocalPolitics
24 Jun 2026 • 5:51 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Mahu Elak Agenda Politik, Masjid Tak Luluskan Majlis Solat Hajat & Doa Selamat Syed Saddiq [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

[Kemaskini] Majlis solat hajat dan doa selamat untuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dijadualkan pada esok hari, 25 Jun ditukarkan ke lokasi baharu iaitu di Dewan Sri Pinang, di Madrasatul Hajjah Zubaidah, Petaling Jaya.

Sebelum ini, media melaporkan lokasi asal penganjuran solat hajat dan doa selamat untuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq tidak diluluskan oleh pihak Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Kelana Jaya.

Baca Artikel Berkaitan: Solat Hajat Untuk Syed Saddiq Diteruskan Di Lokasi Baru, Madrasatul Hajjah Zubaidah PJ


Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Kelana Jaya hari ini, 24 Jun memaklumkan bahawa pihak pengurusannya tidak meluluskan penganjuran majlis solat hajat dan doa selamat untuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang dijadualkan pada esok (25 Jun) jam tujuh petang.

Mahu Elak Agenda Politik Punca Penganjuran Majlis Solat Hajat Syed Saddiq Tak Diluluskan

Wakil pengurusan masjid tersebut menegaskan keputusan itu diambil selaras dengan prinsip mahu kekal bebas daripada sebarang agenda politik.

“Pihak pengurusan masjid ingin menegaskan bahawa masjid ini tidak terlibat dan tidak bersekutu dengan mana-mana parti atau individu ahli politik dalam sebarang penganjuran program masjid.

“Sebarang agenda bersifat politik memang tidak dibenarkan sama sekali. Segala program anjuran pihak masjid adalah berteraskan agenda dakwah, ibadat, pendidikan dan kewajipan masyarakat semata-mata,” katanya ketika dihubungi Kosmo.

Pihak Pengurusan Bella Astillah Sudah Dimaklumkan & Batalkan Majlis

Namun menurut wakil terbabit, pihak masjid telah pun memaklumkan mengenai ketidaklulusan penganjuran majlis tersebut kepada pihak pengurusan penyayi dan pelakon, Bella Astillah.

“Kami telah pun menghubungi pihak pengurusan Bella Astillah bahawa masjid tidak memberi keizinan dan mereka pun telah batalkan (majlis).

“Cuma mungkin bahagian publisiti pengurusan mereka belum membuat hebahan,” tambahnya lagi.

Bella Astillah Ajak Orang Ramai Imarahkan Majlis Solat Hajat & Doa Selamat Syed Saddiq

Sebelum ini, selebriti Bella Astillah yang juga tunang kepada Syed Saddiq, menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya telah mengajak orang ramai menghadiri majlis solat hajat dan doa selamat bagi mendoakan kelancaran urusan Ahli Parlimen Muar itu menjelang keputusan rayuan kes pada 30 Jun akan datang.

Jelasnya, majlis yang sepatutnya berlangsung di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Kelana Jaya, Petaling Jaya itu adalah sebagai tanda sokongan orang ramai kepada Syed Saddiq.

Bukan sahaja orang Islam, malah individu bukan Muslim juga dijemput untuk mengimarahkan majlis.

View this post on Instagram

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah)

Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq Diputuskan 30 Jun Ini

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November 2023 telah mensabitkan Syed Saddiq Syed atas empat pertuduhan termasuklah tuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Susulan itu, Bekas Menteri Belia dan Sukan terbabit dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun, denda RM10 juta, serta dua sebatan.

Bagaimanapun pada Jun 2025, Mahkamah Rayuan membebaskannya daripada segala tuduhan selepas membenarkan rayuannya.

Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur kemudiannya memutuskan 30 Jun 2026 sebagai tarikh keputusan rayuan akhir bagi kes terbabit.

Baca Artikel Berkaitan: Syed Saddiq Bersalah 4 Pertuduhan, Bakal Dipenjara 7 Tahun, Denda RM10 Juta & 2 Sebatan

Baca Artikel Berkaitan: Mahkamah Rayuan Lepas & Bebaskan Syed Saddiq

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved