“Cari Je Kat YouTube” – Alamat Rumah Tersebar, Jungkook BTS Akui Malas Ambil Kisah

Music
8 Oct 2023 • 2:53 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Pasti sukar kan untuk selebriti menyembunyikan tentang kehidupan peribadi mereka.

Begitu juga dengan Jung-kook BTS yang baru-baru ini telah meluahkan perasaannya kerana privasinya telah dicerobohi.

Baru-baru ini, idola lelaki itu telah melakukan siaran langsung menerusi laman Weverse dan dia ada membaca komen peminat yang mengajaknya untuk minum bersama. Respon Jung-kook,

Awak nak minum dengan saya? Patutkah saya beritahu awak alamat saya? Tapi bukankah semua orang sudah tahu alamat saya? Jika awak menaipnya di YouTube, alamat rumah saya akan keluar.

Sambungnya lagi,

Tetapi saya tidak kisah. Saya rasa itu hanya takdir dan saya hanya akan fokus pada masa depan bersama ARMY. Saya tidak boleh memberi perhatian kepada setiap perkara kecil tetapi kamu semua tidak sepatutnya datang mencari saya.

Semua orang kena hormat la privasi Jung-kook tau.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.