Disyaki Larikan 2 Kanak-kanak Dengan Beri Umpan RM50, Suspek Sudah Ditahan Polis

LocalEntertainment
22 Jul 2024 • 11:57 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pada Jumaat lepas, tular sebuah kes berkenaan dua orang kanak-kanak berusia lapan dan enam tahun di Jeram, Selangor dikatakan dilarikan seorang suspek yang cuba mengumpan mangsa dengan memberi sejumlah wang.

Menurut ibu salah seorang mangsa, anaknya yang berusia lapan tahun dan rakannya yang berusia enam tahun telah diumpan dengan wang RM50 sebelum diculik ketika bermain.

Kedua-dua kanak-kanak terbabit dikatakan menaiki sebuah kereta Bezza warna hitam dan kejadian ini juga menurutnya kali kedua berlaku selepas kes pertama pada April lalu.

image is not available

Walau bagaimanapun, mujurlah kedua-dua mangsa ditinggalkan tidak jauh dari lokasi dilarikan dan ditemui dalam keadaan selamat.

Suspek berjaya ditahan

Namun semalam, pihak polis melaporkan suspek yang merupakan seorang lelaki telah ditahan polis dan kini direman selama lima hari untuk siasatan lanjut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd Ambia Nordin berkata, hasil siasatan telah membawa kepada sepasukan polis melakukan serbuan di sebuah rumah dekat Jeram dan berjaya menahan suspek berusia 32 tahun pada jam 2.40 pagi.

image is not available

image is not available

Ketika serbuan, difahamkan tiada cubaan melarikan diri dan suspek juga memberi kerjasama. Walau bagaimanapun, motif kejadian masih dalam siasatan.

Risaulah makin banyak kes budak-budak hilang. Pantaulah anak masing-masing kalau mereka di luar ya.

Sumber: Buletin TV3, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.