Disyaki Pukul Lelaki OKU Kes Langgar Gerai Di Pasar Tani, 3 Individu Ditahan

LocalPolitics
18 Jan 2025 • 2:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Terdahulu, media melaporkan bahawa pihak polis sedang mengesan beberapa orang individu yang terlibat dalam kes pukul seorang lelaki OKU mental di sebuah pasar tani di Terengganu semalam.

image is not available

Kejadian tersebut berlaku selepas lelaki OKU itu terlanggar sebuah gerai di pasar tani itu setelah motosikal yang ditunggangnya memasuki tapak jualan pasar berkenaan sehingga barang jualan di gerai itu jatuh ke tanah dan rosak.

Terkini, Astro AWANI melaporkan bahawa seramai tiga orang lelaki telah ditahan selepas disyaki memukul lelaki OKU tersebut di pasar tani berkenaan.

image is not available
Gambar Sekadar Hiasan

Deputi Superintendan Wan Muhammad Wan Jaafar iaitu Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, suspek yang berusia 18 hingga 60 tahun itu ditahan ketika mereka datang ke balai polis daerah Kemaman.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Terdahulu, video kejadian tersebut telah tular di media sosial di mana lelaki OKU mental itu telah dipukul, disepak dan ditendang oleh beberapa orang.

Sumber: Astro AWANI

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved