Disyaki Sebar Gambar Bog*l Cikgu, Wanita Ini Terpaksa Tidur Lokap Dua Hari

LocalPolitics
2 Jun 2025 • 3:48 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia gambar Bogel

Kecoh diperkatakan hari ini mengenai seorang ejen pelaburan wanita direman selama dua hari selepas disyaki mengugut serta menyebarkan gambar bogel madunya yang juga seorang cikgu wanita.

Lapor Harian Metro, ketika ditahan suspek yang merupakan ibu kepada empat anak itu baru pulang dari bercuti di Vienna, Austria.

Ditahan di airport selepas pulang bercuti

image is not available
Kredit foto: Meor Riduwan Meor Ahmad

Wanita berusia 53 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar jam 10.15 malam sebelum dibawa ke Mahkamah Ayer Keroh, Melaka.

Majistret Nurul Asyikin Rosli kemudian membenarkan reman dua hari hingga esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 507 dan 509 Kanun Keseksaan.

Isteri pertama hantar gambar bogel madu dan suami kepada bapa mangsa

image is not available
Sekadar gambar hiasan

Menurut sumber, kejadian terbongkar selepas mangsa yang juga isteri kedua berusia 47 tahun dikejutkan dengan kiriman surat kepada bapanya di Klebang, Melaka.

Apa yang mengejutkan, surat itu disertakan bersama gambar bogel dirinya dan suami, dipercayai dihantar oleh suspek.

Berikutan bimbang gambar aibnya tersebar selain suspek sering mengganggu keluarganya, pengadu bertindak membuat laporan polis pada 27 Mac lalu.

Difahamkan, wanita itu sebelum ini telah diklasifikasikan sebagai individu dikehendaki dan hanya berjaya dikesan ketika pulang ke tanah air selepas bercuti ke luar negara.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit turut mengesahkan laporan dan penahanan suspek namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.


Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.