Penderita 5 Penyakit Kronik, Astrella Meninggal Dunia

LocalHealth & Fitness
2 Jun 2025 • 7:39 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Penderita 5 Penyakit Kronik, Astrella Meninggal Dunia

Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) fizikal yang turut menghidap lima penyakit kronik, Nur Shubhah Jamel atau lebih dikenali sebagai Astrella di media sosial, telah disahkan meninggal dunia hari ini.

Berita pemergian Allahyarhamah dimaklumkan oleh ahli keluarganya menerusi akaun TikTok peribadi milik Astrella.

Difahamkan, Astrella menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.15 pagi.

Menjengah ke ruangan komen di TikTok, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih, mengucapkan takziah serta menitipkan doa agar rohnya dicucuri rahmat.

https://www.tiktok.com/@shubbyisastrella/photo/7511199864068345095

Terdahulu, kisah hidup Astrella pernah dikongsikan oleh portal berita tempatan dan menjadi tular di media sosial.

Allahyarhamah menghidap diabetes tahap dua, kegagalan buah pinggang tahap akhir (ESRF), kerosakan paru-paru akibat jangkitan Covid-19, penyakit ascites (pembengkakan hati) dan masalah injap jantung kanan yang bocor.

Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.