Disyaki Terlibat Rasuah: 4 Pegawai Ismail Sabri Ditahan SPRM

LocalPolitics
23 Feb 2025 • 3:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-sembilan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerana disyaki terlibat rasuah.

Sumber rapat SPRM memaklumkan, perintah reman terhadap empat individu itu dikeluarkan di Mahkamah Putrajaya oleh Majistret Irza Zulaikha pada Jumaat lepas.

"Reman lima hari bermula Jumaat untuk tiga individu, manakala seorang lagi direman selama tiga hari dan dilepaskan hari ini," menurutnya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi, mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 16a Akta SPRM.

"Kami memohon agar pihak SPRM diberikan ruang untuk menjalankan siasatan tanpa sebarang spekulasi," katanya. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved