‘Disyorkan semuanya ditamatkan pengajian’ – Dr Asyraf Wajdi

LocalPolitics
8 Apr 2025 • 11:05 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Susualan isu mengenai insiden buli melibatkan pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan sebelum ini menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang insiden buli yang berlaku di MRSM.

Dalam satu hantaran terbaharu di Facebook, Dr Asyraf memaklumkan keputusan telah dibuat menerusi Jawatankuasa Disiplin Maktab. Keputusan tersebut mendapati tujuh pelajar terlibat iaitu dua pelajar terlibat buli secara fizikal, manakala lima lagi didapati bersubahat.

Ketujuh-tujuh pelajar berkenaan disyorkan ditamatkan pengajian dari MRSM.

“Keputusan kes buli MRSM Jawatankuasa Disiplin Maktab, mendapati tujuh pelajar terlibat. Dua terlibat buli fizikal, manakala lima lagi bersubahat.

“Disyorkan semuanya ditamatkan pengajian,” tegasnya.

Terdahulu, Dr Asyraf menegaskan MARA memandang serius sebarang perlakuan buli dalam kalangan pelajar, dan pihak pengurusan telah diingatkan berkali-kali agar tidak bertolak ansur dengan sebarang unsur buli, tidak kira dalam bentuk fizikal, verbal mahupun psikologi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu insiden buli yang tular melibatkan pelajar MRSM di Pulau Pinang.