“Ditakdirkan Untuk…” – Kecerdikan & Keletah V BTS Di ‘Running Man’ Dipuji Ramai

EntertainmentMusic
4 Dec 2023 • 11:38 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Kemunculan semula V BTS dan Yoo Seung-ho di “Running Man” telah menghiburkan hati peminat serta penonton.

Di dalam episod istimewa “Tazza”, V BTS telah membuat penampilan bersama dengan pelakon Yoo Seung-ho untuk bermain judi olok-olok dengan menggunakan gula-gula karamel.

Di mana dengan kotak yang rawak, V telah menggunakan kepandaiannya untuk meneka motif pasukan lawan yang menggunakan kotak tersebut untuk menolak atau menambah bilangan gula-gula karamel.

Kemenangan berterusannya selepas berjaya menambah jumlah gula-gula di semua peringkat telah membuat kesemua ahli “Running Man” kagum dan menggelar ahli BTS itu sebagai,

Seseorang yang ditakdirkan untuk berjaya tidak kira apa.

Malah, kebanyakan peminat serta penonton juga telah memuji keletah penyanyi itu yang menghiburkan di dalam permainan tersebut.

Rata-rata komen peminat ialah,

Dia sangat bertuah.

 

Episod ni sangat kelakar!

 

Wow…Ditakdirkan untuk berjaya!

 

Episod ini mengingatkan saya kepada ‘Run BTS’.

 

Saya dah tak tahu nak kata apa sebab kelakar sangat!

Korang dah tonton ke belum episod ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.