Ditanya Lagi Tentang Isu Bersama Bekas Kekasih, Respon Han Sohee Tutup Mulut Wartawan

WorldEntertainment
25 Sep 2024 • 12:11 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Meskipun hubungan dengan Ryu Jun-yeol sudah lama berakhir, Han So-hee nampaknya masih ditanya tentang kontroversi masa lalunya itu.

Terbaru pada 25 September, Han So-hee telah menghadiri sidang media untuk tayangan musim kedua “Gyeongseong Creature” bersama Park Seo-joon dan ramai pelakon lain.

Selain bercakap tentang drama itu, wanita tersebut turut ditanya tentang hubungannya bersama bekas kekasih yang hangat menjadi kontroversi pada awal tahun lalu.

image is not available

Jawab Han So-hee jujur,

Saya harap awak menonton drama ini dengan baik. Saya percaya perkara peribadi tidak sepatutnya bercampur dengan perkara umum. Saya harap anda menikmati musim 2 ini juga.

Sementara itu, “Gyeongseong Creature 2” akan disiarkan menerusi Netflix pada 27 September ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.