Pejam celik pejam celik, siapa sangka dah 5 bulan sejak Lee Sang-yeob berkahwin.
Terbaru dalam program “Point of Omniscient Interfere”, Lee Sang-yeob yang hadir sebagai tetamu telah bercakap tentang kehidupan pengantin barunya bersama isteri.
Pada awalnya, Han Sang-bo berkongsi dulu tentang rutinnya bersama isteri setiap kali selepas bangun pagi,
Saya memulakan hari saya dengan ‘morning kiss’ bersama isteri saya sebaik sahaja dia bangun.

Mendengar perkongsian itu, Lee Sang-yeob sepertinya terkejut dan akui bahawa dia tidak pernah cium isterinya pada waktu pagi. Ketika ditanya mengapa, lelaki itu memberitahu,
Kami sangat sibuk bersiap untuk pergi bekerja pada waktu pagi sehingga kami tidak mempunyai masa untuk itu.
Mesti kelam-kabut sangat waktu pagi tu!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Tak Pernah Cium Dia..” – Lee Sangyeob Ceritakan Kehidupan Selepas 5 Bulan Berkahwin first appeared on KimchiDaily.my.


