Ditapis Sebanyak  9 Kali, Punca Inai Neelofa Berwarna Gelap

Beauty
19 Jul 2022 • 8:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Neelofa - Gambar dari Instagram Nun Ha

Perasan ataupun tidak, sejak kebelakangan ini, trend memakai inai kuku semakin popular di kalangan wanita Malaysia.

Tambahan pula, terdapat pelbagai jenama yang mengeluarkan produk inai di pasaran sekarang ini termasuk yang diusahakan selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa.

Inai Neelofa yang dikeluarkan di bawah jenama Nun Ha menjadi tular di kalangan rakyat Malaysia dek warnanya yang gelap dan punya kelainan berbanding warna inai biasa.

Malah, ada kalangan netizen yang menggelarkan warna kuku inai Neelofa seperti warna jari yang tersepit pintu neraka. 

        View this post on Instagram                      

A post shared by INNAI NUNHA HQ (@nunha.co)

Tatkala ditemui pihak media di majlis pelancaran tudung terbarunya iaitu Naelofar x Disney Alice In Wonderland, Neelofa  berkata, warna yang terhasil itu adalah warna yang asli dan bukan ditambah sebarang pewarna tiruan.

“Perkara pertama yang saya titikberatkan sebelum mengeluarkan inai ini ialah saya tidak mahu ia mempunyai sebarang kandungan bahan kimia, pewarna makanan atau  benda yang pelik-pelik untuk warnanya cepat resap dan sebagainya. 

“Berpuluh sampel yang diberikan. Ada yang dua tona, yang boleh keluar warna, tak keluar warna, warna merah serta  warna maroon. 

        View this post on Instagram                      

A post shared by INNAI NUNHA HQ (@nunha.co)

“Akhirnya mereka bawa serbuk inai kepada saya. Perancangan awal bukan untuk jual serbuk pun.

“Ketika itu saya kata, apa kata kita jual yang serbuk ni dan biar pembeli bancuh sendiri. Kerana serbuk ini adalah serbuk inai asli yang telah ditapis sebanyak sembilan kali. 

“Kalau kita buat inai sendiri dan kita  tumbuk lumat-lumat, warnanya lebih cantikkan? Sama dengan inai saya ini, sebab ia adalah sejenis super fine powder. Sebab itu, warna dia boleh jadi terang dan gelap,” jelasnya. 

image is not available
Gambar oleh Helmi Anuar menggunakan 1phone 13 pro

Nampaknya, apa sahaja yang dijual dan diusahakan  Neelofa pasti akan menjadi tular dan fenomena. Yang penting setiap orang ada pilihan dan selera masing-masing. Tidak perlu kita berdebat produk siapa yang lebih bagus atau tidak. – Getaran, 19 Julai 2022