Ditawar berniaga online? Kamal Adli takut rugikan Pak Mat Western, jujur tiada ilmu bisnes

LocalFood
25 Nov 2025 • 2:23 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Kamal Adli sekali lagi mencuri perhatian apabila keikhlasan dan kerendahan hatinya dikongsi sendiri oleh jenama kambing perap popular, Pak Mat Western (PMW), menerusi satu hantaran yang dimuat naik di media sosial.

Menerusi perkongsian itu, PMW mendedahkan bahawa pihaknya berbual panjang sehingga jam 2 pagi bersama Kamal bagi menawarkan peluang kerjasama sebagai wajah jualan produk terbaharu ayam goreng sejuk beku Mat Chicken menerusi sesi siaran langsung.

image is not available

Kamal Adli takut rugikan Pak Mat Western

Menurut pihak berkenaan, tawaran itu sebenarnya sesuatu yang sukar untuk ditolak.

“Saya cuba buat tawaran yang tak mampu Kamal tolak.
“Skop kerja ialah membuat jualan produk terbaru ayam goreng frozen by Mat Chicken menerusi live,” katanya.

image is not available

Namun, sifat Kamal yang memikirkan kemampuan dirinya sebelum menerima sebarang pekerjaan jelas terserlah apabila beliau menolak untuk berbincang soal komisyen, bonus atau apa-apa pulangan lumayan.

“Kamal tak fikir soal komisyen atau bonus. Itu hal kedua.
“Kamal secara jujur tak ada ilmu berniaga, media sosial pun jarang dia guna. Kamal takut dia akan rugikan syarikat sebab tak mampu sumbang apa-apa,”kongsi PMW menerusi sebuah hantaran di Facebook, hari ini.

image is not available

Tambah PMW, pihaknya tidak pernah meletakkan jangkaan tinggi terhadap rezeki yang datang, sekali gus meyakinkan Kamal untuk tidak bimbang tentang kemampuan atau prestasi.

“Namun, saya (PMW) beritahu yang saya tak ada apa apa jangkaan. Biar putih tulang, jangan putih mata,” jelasnya.

image is not available

Artikel lain: Muncul dalam filem pendek kambing perap popular, lakonan Kamal Adli buat netizen sebak

Perkongsian tersebut mencetuskan rasa sebak dalam kalangan peminat yang memuji kejujuran Kamal serta menghargai cara Pak Mat melihat nilai seseorang bukan sekadar melalui angka jualan, tetapi hati budi.

Sumber: FB PAK MAT Western