Ditegur Buat Video ‘I Stand With Israel’, Baby Shima Perli Janna Nick Balik – “Kesian Ramai Tak Reti English, Nampak Bendera Pun Koyak”

19 Oct 2023 • 11:37 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, aktres Janna Nick telah menyelar penyanyi dangdut yang sering terpalit kontroversi, Baby Shima gara-gara memuat naik video yang menimbulkan kekeliruan di media sosial.

Video itu mempamerkan Baby Shima menggunakan filter yang mempamerkan logo bendera Israel dan perkataan ‘I Stand With Israel’.

image is not available 2 days ago

Buat Video 'I Stand With Israel', Baby Shima Kena 'Sound' Dengan Janna Nick - "Stop, This Is Not A Joke"

Menerusi Instagram story, Shima memberikan respon tentang isu tersebut dan memerli warganet yang tidak membaca atau menonton video sehingga ke akhir.

Pentingnya english education. Kesian ramai tak reti bahasa English, nampak bendera pun koyak.

image is not available

Dalam pada itu, dia turut memuat naik tangkap layar komen di satu hantaran Instagram semalam menunjukkan respon warganet terhadap hantaran dibuat oleh akaun amran_fans77.

Hantaran itu mempamerkan logo Israel dan di bawahnya tertulis ayat, ‘Doakan Israel. Semoga Allah hilangkan Isra-el dari muka bumi. Amin’.

Suami pelakon Yana Samsudin turut meninggal komen terhadap hanatran itu dengan mengaminkan doa dan berharap agar Israel dimusnahkan secepatnya.

Bagaimanapun, Shima sempat membalas komen tersebut dan menyindir bahawa dia akan dikecam oleh Janna Nick.

Amin. Eh jangan! Nanti Janna Nick kecam awak!!

image is not available