“Ditegur sebab sentuh” – Pelanggan Pukul Penjual Pisang Goreng Hingga Maut

13 Sep 2023 • 2:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pertengkaran melibatkan seorang penjual pisang goreng dan pelanggan berakhir dengan tragis selepas peniaga tersebut maut dipukul menggunakan kayu oleh pelaku.

Menurut laporan China Press, insiden tersebut berlaku di sebuah pasar yang terletak di Pokok Assam, Taiping sekitar jam 4 petang semalam (12 September).

Mangsa yang dikenali sebagai ‘Ah Kun’ menurut saksi kejadian telah terlibat dalam satu pertengkaran dengan seorang pelanggan yang didakwa telah menggunakan tangannya untuk menyentuh pisang yang ingin dijual oleh mangsa.

image is not available

Laporan Sin Chew Daily juga mendedahkan terdapat pergelutan berlaku antara Ah Kun dan pelanggan tersebut sebelum dia berlari ke lorong bersebelahan pasar berkenaan. Tidak cukup dengan itu, pelaku kemudian bertindak untuk merosakkan gerai pisang goreng berkenaan sebelum beredar dari tempat kejadian.

Selepas pelanggan tersebut berlalu pergi, Ah Kun kembali ke gerainya untuk membersihkan dan menyusun semula barangan seperti dapur, kuali dan lain-lain.

image is not available

Namun, menurut laporan, pelanggan tersebut kembali ke tempat kejadian dan telah memukul di bahagian belakang kepala mangsa menggunakan kayu sebelum melarikan diri menggunakan motosikal.

Malangnya, pukulan tersebut telah menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian sementara pihak polis berjaya menahan suspek berusia 49 tahun tersebut dua jam selepas insiden berlaku dan telah ditahan reman.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved