Ditegur soal aurat, Fouziah Gous minta netizen jangan sibuk cari dosa orang

LocalEntertainment
19 Nov 2024 • 5:30 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon dan usahawan, Datin Fouziah Gous minta netizen usah sibuk mencari kesalahan seseorang, lebih-lebih lagi perihal aurat seseorang.

Menerusi hantaran di Instagram, Fouziah atau nama sebenar Nor Fouziah Mohd. Gous, 41, dilihat memakai busana labuh berwarna biru terang yang didakwa singkat oleh segelintir warganet.

“Alhamdulillah untuk segalanya.
“Tapi kenapa suami saya tanya, baju sekolah ke?”tulisnya ringkas.

image is not available

Fouziah Gous minta netizen jangan sibuk

Namun, apa yang membuatkan Fouziah atau nama sebenarnya Nor Fouziah Mohd. Gous, 41, berang apabila terdapat individu meninggalkan komen negatif berunsurkan perlian di ruangan hantaran tersebut.

image is not available image is not available

Isteri kepada Datuk Mohd Zhafran Md Yusof meminta netizen untuk menjaga tutur kata ketika meninggalkan komen dan tidak sewenang-wenang mencela ahli keluarganya jika berasa tidak puas hati.

“Bila awak ada suami yang sempurna dari syurga, jaga baik-baik. Jangan sibuk menilai suami orang.

“Saya ini jarang balas tapi adab itu perlu ada untuk berkata-kata. Jangan rasa diri hebat dan boleh bercakap suka hati di media sosial.

“Sibukkan diri untuk cari ilmu daripada sibuk mencari dosa orang sampai tak sedar dosa diri sendiri juga,” katanya di ruangan komen.

Difahamkan, pertikaian itu bermula apabila pengguna media sosial terbabit menegur gaya pemakaian Fouziah yang menggayakan skirt panjang, tetapi menampakkan sedikit bahagian kaki dan dipadankan dengan seluar ketat berwarna coklat muda.

Gambar tersebut dipercayai diambil ketika Fouziah dan Zhafran berkunjung ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Sumber: Instagram Fouziah Gous