
Kecoh diperkatakan semalam berkenaan isu rumah tangga pasangan pempengaruh, Alif Teega dan Aisyah Hijanah yang dikatakan dilanda badai akibat diserang penyakit hasad dengki atau ‘ain’ yang berpunca daripada orang luar.
Meskipun Aisyah menjelaskan bahawa dia dan suami kini sudah beransur pulih, ada di kalangan netizen yang memberi teguran kepada pasangan itu untuk kurangkan perkongsian mengenai rumah tangga mereka.

Artikel berkaitan: “Nampak ‘sesuatu’ pada suami” – Rumah Tangga Alif Teega & Isteri Didakwa Diserang Penyakit Ain
Artikel berkaitan: “Siap offer nak jadi isteri kedua” – Influencer Dedah Ada Niqabis Cuba ‘Sondol’ Suami?
Ditegur suami ketika live
Isu pasangan ini katanya menjadi perhatian netizen selepas tular sebuah video di X memaparkan Aisyah sedang membuat sesi live, sebelum ditegur suaminya untuk kurangkan perkongsian mengenai hal rumah tangga mereka.
Alif Teega dilihat meminta isteri berhenti memberi ruang kepada orang luar untuk memperkatakan mengenai perkahwinan mereka selain merasakan tindakan isterinya itu membuatkan netizen memberi tanggapan buruk kepada dirinya.
— Ayieeen (@ain_ha_) October 30, 2023
Aisyah kemudian dilihat berkomunikasi dengan pengikutnya di live tersebut yang memintanya untuk menghentikan sesi siaran langsung itu.
Aisyah kena dengar apa abang cakap. Aisyah cuba tengok kat komen tu, orang seakan membenci abang tau.
“Ada tak abang menghasut orang membenci Aisyah? Tidak. So kita janganlah macam tu, bercerita dekat orang,” katanya.
“Jauhilah pasangan yang suka up content merepek”
Video berkenaan telah mendapat komen teguran daripada netizen yang merasakan tindakan Aisyah berkongsi mengenai masalah yang dihadapinya ke media sosial adalah salah.
Malah ramai juga menasihatinya untuk lebih menghormati suami yang tidak suka masalah rumah tangga mereka dihebahkan kepada orang ramai.

Sebaiknya kita sebagai netizen jangalah komen lebih-lebih fasal rumah tangga mereka. Kita doakan saja semoga hubungan mereka kembali pulih dan bahagia.
Sumber: X
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.




