“Ditemui sedang peluk pelajar” – Guru Antara Yang Terkorban Dalam Kebakaran Bas Sekolah Di Thailand

Entertainment
2 Oct 2024 • 1:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu kemalangan ngeri berlaku di Thailand apabila bas yang membawa pelajar sekolah untuk ke lawatan sambil belajar terbakar.

Keluarga dan rakan-rakan kepada guru, Kanokwan Sripong berasa sedih apabila mengetahui bahawa dia adalah salah seorang daripada 3 guru dari Sekolah Wat Khao Phra Ya Sangkharam yang kehilangan nyawa dalam insiden kebakaran bas tersebut.

image is not available

Menurut laporan CNA, 44 pelajar dan guru itu dalam perjalanan untuk lawatan itu dari daerah Uthai Thani, kira-kira 250 kilometer dari Bangkok apabila tayar bas berkenaan pecah lalu merempuh penghadang jalan hingga tangki bahan bakar bas itu meletup.

Difahamkan, ibu kepada guru tersebut cuba menghubunginya tetapi tidak mendapat jawapan dan guru muda itu baru sahaja menghadiri majlis graduasinya pada 26 Sept lalu.

Lebih menyedihkan, pasukan penyelamat yang menemui mayatnya melaporkan bahawa dia ditemui sedang memeluk seorang pelajar muda.

Menurut pesuruhjaya sains forensik Trairong Phiwpan, seramai dua puluh tiga mayat telah dikenal pasti dengan siasatan mengenai puncanya sedang dijalankan.

Difahamkan, enam belas pelajar dan tiga guru dihantar ke hospital untuk rawatan sementara pencarian mangsa lain masih diteruskan.

image is not available

Bas itu merupakan salah satu daripada tiga buah bas yang membawa pelajar untuk lawatan itu, bas tersebut membawa pelajar dari usia tadika hingga sekitar 13 atau 14 tahun dari sekolah Wat Khao Phraya Sangkharam di wilayah utara Uthai Thani.

Sumber: CNA, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.