Diterajui Oleh Barisan Selebriti Terkenal, ‘It’s Okay To Not Be Okay’ Bakal Diadaptasi Di Filipina

Entertainment
19 May 2024 • 10:37 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Meskipun sudah bertahun disiarkan, drama “It’s Okay To Not Be Okay” masih lagi terkenal sehingga kini.

Terkini, media telah mengesahkan bahawa “It’s Okay To Not Be Okay” akan diadaptasikan di Filipina dan peminat sudah tidak sabar lagi untuk melihat bagaimana versi terbaru tersebut akan membawakan perspektif baru terhadap siri terkenal itu.

Dalam drama ini, watak Ko Mun-yeong akan dilakonkan oleh pelakon wanita terkenal Filipina iaitu Anne Curtis. Manakala, watak adik beradik Moon Gang-tae dan Moon Sang-tae akan dilakonkan oleh Joshua Garcia dan Carlo Aquino.

Gabungan hebat diantara pemenang- pemenang anugerah pelakon terkenal Filipina ini turut menterujakan peminat dan mereka sudah tidak sabar lagi untuk melihat keserasian yang akan ditunjukkan oleh pelakon-pelakon berbakat ini.

Nak kena tonton ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.