Drama Kim Seonho & Go Younjung ‘Can This Love Be Translated?’ Dilapor Bakal Tayang Di Netflix

Entertainment
24 Apr 2024 • 1:56 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Tak lama lagi, penonton akan dapat lihat gandingan Kim Seon-ho dan Go Youn-jung dalam sebuah drama!

Terbaru menurut laporan, drama “Can This Love Be Translated?” yang diterajui Kim Seon-ho dan Go Youn-jung, dijangka bakal ditayangkan menerusi laman Netflix.

Untuk pengetahuan, “Can This Love Be Translated?” membawa kisah cinta penuh luka di mana seorang lelaki yang bekerja untuk menterjemah bahasa, berkenalan dengan seorang wanita yang bercakap bahasa cinta berlainan dengannya. Dari situ, mereka memahami dan melalui salah faham antara satu sama lain.

image is not available

Sementara itu, drama ini telah dijadualkan untuk memulakan penggambaran pada separuh pertama tahun ini, dengan jangkaan tinggi dari penonton untuk melihat keserasian Kim Seon-ho dan Go Youn-jung bersama.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.