“Waiting For Gyeongdo” akan menemui penonton dengan barisan pelakon hebat!
Diterajui Park Seo-joon dan Won Ji-an, “Waiting For Gyeongdo” mengisahkan tentang Lee Gyeong-do dan Seo Ji-woo, yang berpisah selepas dua kali bercinta namun bersatu semula sebagai wartawan yang melaporkan skandal hubungan sulit dan isteri kepada lelaki itu.
Terbaru, JTBC telah mengumumkan barisan pelakon penuh untuk drama tersebut termasuklah Lee El, Lee Joo-young, Kang Ki-dong dan Cho Min-guk.

Dalam drama ini, Park Seo-joon akan memainkan watak sebagai Lee Gyeong-do, seorang wartawan hiburan untuk syarikat Dongwoon Ilbo.
Manakala Won Ji-an pula akan tampil sebagai Seo Ji-woo, yang berjumpa dengan bekas teman lelakinya dan melalui perkara yang tidak dapat diramalkan.
Nantikan tayangan “Waiting For Gyeongdo” yang telah dijadualkan pada tahun ini!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Diterajui Park Seojoon & Won Jian, ‘Waiting For Gyeongdo’ Umum Barisan Pelakon Penuh first appeared on KimchiDaily.my.

