Ditinggal ibu bapa kandung sejak bayi, anak OKU hidap palsi serebral meninggal dunia

3 Feb 2025 • 1:12 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Anak OKU hidap palsi serebral

Pengacara popular, Fedtri Yahya berkongsi khabar duka apabila remaja orang kurang upaya (OKU) yang menghidap penyakit palsi serebral disahkan meninggal dunia beberapa hari lalu.

Menurut Fedtri atau nama lengkapnya Ahmad Fedtri Yahya di laman X, Muhammad Danish Iskandar Abdullah telah ditinggalkan oleh ibu bapa kandungnya ketika usia empat bulan.

Anak OKU hidap palsi serebral

image is not available

Pun begitu, pengasuh kepada remaja istimewa tersebut yang dikenali sebagai Noraini Muda, 49, telah menggalas tanggungjawab menjaga Muhammad Danish Iskandar sehingga meninggal dunia pada usia 19 tahun.

“Al-Fatihah, adik ini sudah meninggal dunia..anak syurga,” ujar Fedtri Yahya ringkas.

Anak OKU hidap palsi serebral

image is not available

Salam takziah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan takziah buat penjaga kepada arwah Muhammad Danish Iskandar yang sudah banyak berkorban dalam menjaga anak syurga itu.

image is not available image is not available image is not available

Pada tahun 2019, kisah Muhammad Danish Iskandar Abdullah yang derita penyakit Palsi Serebral mendapat perhatian ramai apabila dia telah dijaga oleh pengasuhnya selepas ditinggalkan ibu bapa kandung sejak usia empat bulan lagi.

Noraini Muda berlapang dada untuk menjaga remaja istimewa tersebut di kediamannya yang terletak di Kampung Laut, Kuala Terengganu.

image is not available