Ditinggal Ibu Pada Usia 4 Hari.. Tiada Lagi Derita, Adik Asyraf Rayyan Meninggal Dunia

LocalFamily & Parenting
16 Jan 2026 • 10:16 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun tiga bulan, Muhammad Asyraf Rayyan yang menghidap penyakit lebihan cecair dalam kepala (hidrosefalus) sejak dilahirkan, menghembuskan nafas terakhir pada Khamis.

Adik Asyraf Rayyan meninggal dunia

Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia kira-kira jam 7.30 pagi di bawah jagaan datuk dan neneknya.

Perkhabaran duka itu dimaklumkan oleh pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Mr Wan Cai menerusi satu hantaran di Facebook miliknya pada hari yang sama.

Menurut kenyataan tersebut, urusan mandi dan kafan jenazah Allahyarham telah disempurnakan dengan bantuan rakan-rakan UKVJ Pahang.

“Alhamdulillah, Team UKVJ Pahang kini (semalam) dalam perjalanan menghantar jenazah anak syurga ini ke Kampung Petanding, Telekong, Kuala Krai, Kelantan,” katanya dalam hantaran tersebut.

image is not available

Pemergian kanak-kanak itu mengundang rasa sebak dan simpati dalam kalangan warga maya yang turut menitipkan ucapan takziah serta doa agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Al-Fatihah anak syurga

image is not available

Selalu ikuti kisah dia di TikTok neneknya

image is not available

Sebelum ini, kisah penderitaan Allahyarham mendapat perhatian selebriti Elly Mazlein yang menghulurkan sumbangan sewaktu Muhammad Asyraf menerima rawatan di sebuah hospital di Kuantan.

Artikel lain: Detik Cemas Di Bilik Air, Bayi Sulung Dilahirkan Secara Songsang Meninggal Dunia