Dituduh Ada Pertalian Darah Dengan Pengetua Sekolah Zara Qairina, Fadhlina Sidek Ambil Tindakan Tegas

LocalPolitics
10 Sep 2025 • 8:48 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia fadhlina Sidek

Padah membuat hantaran fitnah menuduh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, seorang netizen berdepan dengan tindakan undang-undang.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Fadhlina tampil menafikan tuduhan liar yang cuba mengaitkan dirinya dengan pengetua sekolah Zara Qairina, SMKA Tun Datu Mustapha.

Jelasnya, dakwaan tersebut bukan sahaja disifatkan sebagai fitnah jahat, malah turut melibatkan arwah ibunya yang sudah tiada untuk mempertahankan diri.

Fadhlina difitnah sepupu kepada Pengetua sekolah Zara Qairina

image is not available

Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah yang direka di mana boleh memberi kesan buruk kepada masyarakat.

image is not available

Fadhlina turut memaklumkan bahawa beliau sudah membuat laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung isu tersebut.

Menurutnya, tindakan undang-undang juga akan diambil agar ia menjadi pengajaran kepada semua pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah.

Pssttt! Isu fitnah di media sosial kini semakin membimbangkan apabila ia melibatkan maruah dan nama baik seseorang, lebih-lebih lagi tokoh yang memegang jawatan penting. Apa pun, tindakan Fadhlina membawa perkara ini ke muka pengadilan dilihat sebagai langkah tegas untuk memastikan kebenaran terbukti.


Kredit: Instagram Fadhlina Sidek
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.