Wanita Fitnah Fadhlina Sidek Ada Hubungan Keluarga Dengan Pengetua Sekolah Arwah Zara Qairina Mohon Maaf

LocalPolitics
10 Sep 2025 • 5:44 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Sebelum ini Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan telah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimesia Malaysia (MCMC) selepas ada yang memfitnahnya mempunyai hubungan dengan pengetua sekolah arwah Zara Qairina.

“Akhir-akhir ini banyak sekali fitnah direkayasa secara liar, jahat dan menyebarkan kebencian. Terkini, ada beberapa individu yang cuba mengaitkan saya dengan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha (SMKA TDM). Setakat tepis dan nafi, ternyata tidak menjadi pengajaran. Apatah lagi fitnah itu mengaitkan arwah ibu saya yang sudah tiada di dunia ini untuk mempertahankan dirinya.

“Fitnah yang ditaja secara jahat dan disebarkan telah memberikan implikasi kepada masyarakat. Saya telah membuat laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkenaan fitnah ini,” katanya di Facebook.

Beliau turut menyeru semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi serta menghormati keluarga arwah Zara Qairina dan memberi ruang proses undang-undang dilakukan.

Wanita fitnah Fadhlina mohon maaf

Terbaharu, wanita yang didakwa memfitnah Fadhlina tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Kenyataan permohonan maaf itu telah dimuat naik oleh wanita berkenaan di akaun Facebook rasminya. Dalam hantaran itu, wanita berkenaan mengakui kesilapannya menyebarkan fitnah terhadap Menteri Pendidikan berkenaan.

“Dengan rendah diri saya ingin membuat permohonan maaf saya kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek atas komen saya yang memfitnah beliau sepupu dengan pengetua sekolah arwah Zara. Tanpa selidik saya terus komen macam ni di Facebook.

“Apa yang saya komen itu semua dapat dari live Jusfazli Shi Ahmad dan dari screen record (rakaman skrin) orang share (kongsi) dekat TikTok.

“Saya betul-betul minta maaf atas apa yang berlaku, saya mengaku saya salah. Apa yang saya komen ini, saya juga tidak tahu jika komen begini (maklumat dari live) bukan dari saya boleh dikenakan (tindakan) undang-undang,” ujarnya.

Malah wanita itu turut berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.

image is not available

Buat laporan polis, minta orang ramai berhenti sebar gambar ahli keluarga

Dalam satu lagi hantaran yang dikongsikan, wanita berkenaan turut membuat satu laporan polis pada pagi ini (10 September) di Penampang Sabah.

Dalam hantaran itu, dia meminta orang ramai berhenti menyebarkan gambar ahli keluarganya yang tidak terlibat dalam hal tersebut.

“Laporan polis telah dibuat untuk orang yang viralkan gambar kami sekeluarga. Laporan polis dibuat untuk keselamatan kami.

“Diminta untuk berhenti sebar gambar anak-anak dan suami saya yang tidak terlibat. Berhenti WhatsApp atau hubung suami saya yang tidak tahu apa-apa. Nombor telefon yang disebar bukan nombor telefon saya.”

image is not available