Dituduh Bercinta Dengan Shuib Masa Arwah Siti Sarah Masih Ada, Watie Tayang Bukti DM

Entertainment
1 Nov 2023 • 5:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ingatkan isu dah mula reda dan diam, tetapi rupanya masih ada lagi yang cuba membuat spekulasi negatif ketika isteri kepada Shuib, Fati Nikmatul Adawiyah Hanafiah atau lebih mesra dengan panggilan Watie ada membuat sesi ‘Q&A’ di Instagram miliknya.

Menerusi Instagram Story miliknya, ada seorang netizen bertanyakan soalan yang seakan-akan mengungkit khabar angin yang diperkatakan sebelum ini.

 

Bercinta dengan Shuib masa arwah Siti Sarah ada?

Dalam story tersebut, ada netizen bertanyakan kepadanya yang adakah Watie sudah menjalinkan hubungan dengan Shuib ketika arwah Siti Sarah masih ada. Watie memberikan respon dengan kongsikan gambar DM daripada Shuib sewaktu mereka berkenalan.

Dalam mesej tersebut Watie memberikan penekanan kepada tarikh Shuib mula bertegur sapa dengannya iaitu pada 16 Disember 2021 dan pada waktu itu Watie menjelaskan bahawa Shuib sudah pun menduda.

“Aiyoooook, tanggung la siapa yang fitnah tu. Kami tak pernah kenal pun, dia mengurat pun lepas dia menduda.”

 

image is not available

Sebagai rujukan, penyanyi Siti Sarah, 37, disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) pada jam 5.13 pagi, pada 9 Ogos 2021.

Selepas hampir 2 tahun, Shuib akhirnya menamatkan zaman dudanya bersama Watie pada 23 Jun 2023 lepas.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.